Pernikahan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah 
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman 
yang punya cita- cita menjadi solehah 
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama 
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya 
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya 
Pernikahan atau perkawinan
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T 
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana 
Justeru kamu akan tersentak dari alpa 
Kamu bukanlah Rasulullah SAW 
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallah Wajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh 
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia 
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa 
apatahlagi setampan Yusuf 
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
kewajiban bersama 
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya 
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya 
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya 
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita
perlunya iman dan taqwa 
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T 
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa 
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara 
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah 
BERINGATLAH!!
Mengapa harus mendambakan isteri sehebat Khadijah
andai diri tidak semulia Rasulullah
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis 
andai diri tidak sehebat Sulaiman 
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof 
seandainya kasih tak setulus Zulaikha 
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim 
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.