Wednesday, April 6, 2011
Andai Kau Tahu..
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s;
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun". Sambil menyebut,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuan Mu ini", sambil mengukir senyuman;
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini;
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang diberi dan sentiasa menunjuk-nunjuk hartanya;
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan;
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik;
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang;
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya;
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Di golongan manakah terletaknya diri kita? Jawapannya terletak dalam jiwa masing-masing sejauh manakan kecintaan kita terhadaNya.