Monday, February 7, 2011

Jangan d’kau kahwini wanita yang mempunyai enam sifat ini..

Wanita Ananah: Banyak mengeluh serta kuat mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah
: Suka mengungkit-ungkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu dan bising.Letakkan cinta Allah ditempat yang tertinggi dalam hidupmu
~Imam Al-Ghazalli~