Tuesday, December 6, 2011

Kenapa aQ masih SiNggLe?

Mesti korang tak caye kan aQ yang cantik lagi tertarik nie masih single? kehkeh (Angkat bakul sendiri jap)Suke ati lahhh.. haha.Korang rase kenape..? bukan sebab aq tak jumpe lagi lelaki idaman tp sebab aq masih menunggu seseorang yang jauh.. Walau jauh beribu batu tp aQ tetap rase dye juga merasakan hal yang sama. aQ juga tahu dye malu untuk meluahkannya tp aQ tetap sabar menunggu kerana ku yakin dirinya tercipta untuk diriku..

Dia seorang yang romantik, budi bahasa sgt tinggi, menghormati orang tua.. pendek kata, dia punya ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita. Namun begitulah kehidupan..setiap perhubungan pasti punya penghalang. aQ pasti dia masih memikirkan untuk memilih siapa..

Tiap malam aQ termimpi akan dirinya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, aQ setia menunggnya. Takkan hilang kasih sayang ini walau beribu yang menagih kasih pada diri ini.

Untuk dia yang ku cinta..

Kala dikau merindu ku, renunglah bulan itu kerna kita merenung bulan yang sama <3
Angin, sampaikanlah salam rinduku padanya khabarkanlah ku disini menanti dirinya sampai akhir hayat.

Dia yang ku cinta....




Hahaha..Bagai pinang di belah dua kan?? ke pinang tak boleh belah?? kahkahkah



Thursday, April 7, 2011

Kun Fayakun

Bila kita teliti dengan seksama ketika membaca surah yaasiin pada ayat ke-82 bertemulah kita dengan kalimat 'kun fayakun', yaitu perintah Allah S.W.T terhadap sesuatu cukuplah dengan kalimat : “Jadilah, maka terjadilah“


_ape ke bengis la mahluk nie?_


_Pendengaran yang amat baik untuk haiwan yang mempunyai 4 telinga_


_Tercetusnya kontrovesi bayi yang dikatakan menyerupai Yaajut Ma'jut_


_Lembut wajahnya.._


_Unic ciptaanNya_


_Awan yang berwajah_


_Mangsa yang menjadi pemangsa_


_Owh isteri ku..__ ;p


_Batu yang berjalan tanpa kaki_


_cejukkknyyeeee_

_Seakan-akan manusia gayanya_


_Akibat menderhaka terhadap ibunya_

Setiap kejadian yang berlaku ada sebab dan munasahnya. Beringatlah kita akan setiap ciptaanNya. Mungkin juga ia satu petanda…….??



Wednesday, April 6, 2011

Andai Kau Tahu..




Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s;


Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun". Sambil menyebut,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuan Mu ini", sambil mengukir senyuman;


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini;


Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang diberi dan sentiasa menunjuk-nunjuk hartanya;


Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan;


Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik;


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang;


Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya;


Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Di golongan manakah terletaknya diri kita? Jawapannya terletak dalam jiwa masing-masing sejauh manakan kecintaan kita terhadaNya.

Sunday, April 3, 2011

Khilafnya kita sebagai hambaNya

Jangan salahkan ibu mengandung.. salahkan diri sendiri. Bukan nak mengaibkan sesiape cume iktibar semate.

Ade antara kita yang masih tak faham konsep ape e2 menutup aurat menurut islam.. Yang nie menutup aurat gak tp tak taw la menurut ape dan siape.. Qisya malas nak cter panjang lebar.. kOwunk pk la sendri. Cer PK,, Cer PK.


Contoh "TERBAEK". Astaga... ~_~'

Da sopan da.. yang tertonggeng tue nape plak.. post tak agak2..







Haha. nie ajaran mane tah.. tengok atas sopan.. sekali tengok bawah... kuangkuangkuang




Nie fesyen terbaru kew? adoyaiiii


Waaa weeee.. lupe pkai inner..

Adakah cara kita menutup aurat untuk memenuhi syariat atau syarat??!
Renung-renungkan..

Nak cantik cam Qisya tak?

Erkk.. cantik kew?? Ngeee =^_^=
Qisya nak share petua kat u all. Kene la slalu amalkan petua nie… Kalau luaran je cantik tp dalaman cam &*$%@! pun tak gune jugak kan?? Tak berkaitan langsung dengan cucOk or bOtOx, tak perlu keluarkan duit cume luangkan sedikit masa.

Baca Ya Badiyah 1x
Baca Ya Nur 1x
Baca Ya Hadi 1x
Baca Ya Allah 3x
Amalkan zikir ini dengan meniup ke tapak tangan dan sapu ke muka setiap hari.

Mengamalkan ayat-ayat ke 35, 36, 37 (surah al-waqiah) selepas Solat Subuh juga digalakkan. Bacaan ayat berikut dihembus ke dalam air minuman kemudian minum air tersebut.

Ayat-ayat ini boleh diamalkan setiap hari sebelum tido. Mudah-mudahan jiwa kita sentiase tenang dan dimurahkan rezeki.. takde la asik berkerut je muka tue. huhu


Qisya nie kerap sakit kepala sebelum nie.. dan Qisya juga dimaklumkan jika mengamalkan surah Al-Waqiah ayat ke 19 boleh menghilangkan kesakitan yang dialami dengan izin Allah swt. Tp kehidupan Qisya da tenang sekarang berbanding sebelum nie so takde la sakit-sakit tue datang cume kekadang stress sangat dengan perangai-perangai manusia nie.

Semua boleh berlaku dengan keizinanNya hanya dengan PERCAYA DAN BERAMAL kepadaNYA.

Selamat Beramal <3 <3


Monday, March 28, 2011

Istikharah Dalam Memilih Jodoh

Pernah suatu ketika dahulu, seorang berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A). Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Wahai pasangan bercinta, kaji selidik lah dahulu jika kamu ada masalah semasa bercinta samada kesalahan sengaja atau tidak sengaja dan kesilapan yang pasangan kamu buat dahulu. Hargailah detik2 manis dan saat kebahagiaan kamu dahulu. Cubalah fahami apa yang berlaku, dengar dengan teliti apa masalah pasangan kamu, dengar penjelasannya. Biarlah salah faham kamu tu diselesaikan. Janganlah buat keputusan terburu untuk berpisah, sanggupkah kamu hadapi perpisahan ini.

Saya telah lalu pengalaman ini, ia amat berat dan menyakiti hati saya. Sebab itulah saya membawa diri ke Mekah untuk mencari ketenangan abadi. Luka di hati saya sukar untuk sembuh. Kekecewaan sesangat

p/s:Sharing is caring <3 <3. Thanks 4 kak liza(oum)

Monday, February 7, 2011

Mitsubishi Evo Lancer VS Naza Kia Forte

Warghhhh….gempaQ seyh… dari Mitsubishi Lancer tu…bertukar…. da pakai Kia Forte fulookkk.. naik taraf.. tp tak penah nampak pn kete Naza Kia tue?? Slalu nampak pn Lancer lau lalang kat area umah tp takde pn nak berhenti ajak aQ naik. Sampai ati…. Ajak g minum-minum pun jadi lah..ekekeke. kahkahkah













Bertambah lagi koleksi kereta PDRM. Tp bagi Qisya Lancer lagi besh n lagi hebat.. Dah lame jatuh cinta dengan Mitsubishi Lancer tp si Lancer tak cintakan Qisya. Owh.. daku bertepuk sebelah tangan rupanya. Tak mampu beli…. Heeeeheee. Hanya mampu beli plat kete aja ~ Wa Sayang Lancer (WSL). Hehehe. Ape pn boleh.. yang penting keamanan Negara kita di jaga. Iye kan??

30 Fakta tentang Qisya Myza

Saje jew nak tulis.. bukan tujuan nak mencapub. Supaya kowunk kenal lebih rapat lagi diri ini. Huahuahua

1. Hye.., nama sebenar saya miza.. QISYA MYZA?? Tue name glemer.. tp nak bahasakan diri Qisya buyeh?? boleh ke tak boleh ke, ade saye kisah?? huhu

2. Umur?? Ia hanyalah angka… hehe. Rahsia.. nak jugak tulis rahsia..baik tak ya tulis kan? Eh, suke ati lah.. hihi. Klu.. 20_an

3. Hanya mempunyai seorang adik lelaki. Saye yang sulung tapi jarang dapat apa yang saya hajati. Asik adiQ je yang dapat.. ironik kan?? Waaaa (T_T)

4. I call my parent ‘papa’ n ‘mama’. Wah, modern kan?? Tp cara pemikiran dowang..erm… terlalu protected sangat lar.. tak tahan..ke saye yang degil nih?!!

5. Famly Qisya suke masak kari. Hari-hari kari…. Tak di nafikan sedap..tp.. tukar la lauk laen fuloookkkkk! Ayaaa..

6. Qisya ade famly angkat yang terlalu rapat n da anggap pn macam keluarga kandung. Sayang dowunk sesangat. <3 <3

7. Muke Qisya ala-ala Pakistan n Arab tp asal dari Kuala Lumpur.. tak caye sudah…. Cantikkan?? Kahkahkah

8. Pelik ngan diri sendri sebab suke sangat bau minyak petrol. Nape tah..

9. Adakalanya ketawa ku agak ter’over’ padahal saye seorang yang sopan. Camne tue??

10. Kadang tak sedar bawak kete macam nak g anta bini bersalin, sedar-sedar my mum dah menjerit kat sebelah. Arghhhhhh.. balik kompom kene tazkirah. Renung-renugkan dan selamat beramal…..

11. Mood saye jenis cepat berubah.. td moody…. Sekarang…caaakkkkk (^__ ^) v

12. Kenkadang saya kasar.. kekadang saye lembut.. tp saye normal lar!

13. Heran fuloookk… saye nie kuat makan tp tak gemuk-gemuk,,, kuat merajuk tp muke still cute,,,, kuat tido tp tak penah berdengkur. Kuikuikui

14. Tak suke langsung ngan gurLz yang buat-buat manja@gedikz tp saye takpe.. cya..cya..

15. Layan lagu jiwang-jiwang, lentok-lentok kekadang sampai meleleh air mata. Menjiwai lar…

16. Gemar gak layan lagu genre Non-stop tp agak kurang gemar ngan mulut manusia yang tak reti Full-stop! Toingggg!! Adeh..

17. Suke meluah melalui tulisan berbanding bicara. La.. kan ke saye nie seorang yang PENDIAM… achhemmmm..

18. Tanpa disangka-sangka, sometime bile berkata-kata akan terkeluar ayat jiwang dari bibir nie. Dalam ati ada taman derr.. uikss

19. Ada Facebook, ada Tagged n ada Frendster tp tak aktif sangat pun.. banyak keje.. iye kan aje..

20. Bukan seorang yang kidal. Apatah lagi untuk dikaitkan dengan Man Kidal.

21. Kerap sakit kepale bile tension.. tolong la jangan wat saye stress… (~_~’’)

22. Pantang kalau orang bercakap tinggikan s0re. Bisik aje lar.. Pekak telinge nie jejerit..tp da pekak ckit.. kuikui

23. Benci sangat pada kongkongan… we want freedom.. kehkeh. Aisyeh.. bile la saye akan dapat kunci kebebasan?.. ermm

24. Bab cinta.. Qisya sukekan perhubungan jarak jauh.. tak taw la nape?? Orang kate bahaye.. bagi saye ade bagusnye sebab dapat elak wat maksiat kan?? Setuju tak??

25. Status~ single. Ngeeee. Betol lar.. it’s ok kalau takde orang caye..

26. Pernah memiliki lelaki yang dikatakan terbaik sifatnya tp sayang dye di ciptakan bukan untuk diri ini. Sebaknye…

27. Walau memiliki rupe namun saye tak pernah berniat untuk bersifat ingin menduakanya setelah bertahun-tahun bersama. Hebat tak saye?? Hehehe. Hey, curang!! Ke mana di kau ha??

28. Amat la suke pada keindahan alam.. sbb tue tiap hari minggu saye suke lepak kat tasik or bukit.. owh, indah sungguh ciptanNya.

29. Askem n cokelat adalah makanan yang paling Qisya suke.. so sape nak melanje gtaw aje.. jangan memalu taw??

30. Saya amat menghargai sesebuah perhubungan yang terbina. Moga ikatan ukhwah yang terjalin bekekalan selamanya.

Da.. dah penat nak tulis nie.. kalau ade lagi sebarang pertanyaan hantarkan aje e-mail tue kat www.sukehati@antajelah.my

Pelik Binti Heran Bin Ajaib

Huhu. Saje jew wat tajuk gempak. Ari nie wa nak kupas beberapa isu perkataan yang agak stailo la wa kira. Kikikiki. wa nie jenis perati (perhati) jew perangai kengkawan dan dari c2 nampak da wa nie seorang yang pendiam kan kan?? Ekekeke.

Kekadang wa tak paham pun pe yang lu owunk cakap, bukan sebab wa lembap tp sebab bahasa tue kreatif sangat.. sampai wa pn terfikir mencarut je keje lu owunk nie?? Ish..ish.. ish.., tak baik taw. Haa..?? Owh…Bukan eh?? Sorry.sorry.. Jom kiter belajar ayat lu owunk yang SOPAN tue..

Mengong ~ Ayat asal adalah ‘bengong’ tp mungkin orang yang sebut tu pelat k0t??

Menyol ~ kawan wa yang dari johor suke sebut ayat nie.. ade ke patot dye cakap wa sengal?? Tak patot.. tak patot..

Cinabeng ~ sah-sah orang cina suke sebut sebab ayat kat depan tue bangse dowunk kan?? Maksud tak taw.. mencar0t k0t??

Haram Jadah @ Apa Kejadah ~ Takde faedah

Lemah lembap ~ sebutan dalam bahasa inggeris slow + terhegeh-hegeh. Huhu.

Lenjan ~ Dialek Johor bermaksud lusuh. Tp kalau ‘bahasa remaja’ cam aQ nie, menggunkan harta orang lein sampai tak leyh guna. haha

Capub ~ Menonjol… biase digunakan untuk manusia yang bersifat OVER. Nak mintak perhatian eh?? kuang kuang kuang.

Bongek – Senang citer bongok, cume… di sini kesopanan amat diperlukan.. got it??

Cipan ~ tenuk@tapir. Selalunya di kaitkan dengan muke yang huduh.. cian k0 tapir.

Koya ~ same istilah ngan poyo. Dialek Pasir Mas ..

Poyo ~ perkataan dari N9 kot.. untuk orang yang suke berfoya-foya. Kehkeh. Tak leyh blah..

Hampeh ~ tak leyh harap/pakai

Wak Lu ~ Sewaktu dengan pale hutak. uuu, kasarnyew??

Usha ~ tengok.. menjeling-menjeling ku bertentang.. mata kita sama memandang.. Sedap fulokk dengar s0re wa naynyi. Ececece

Babeng ~ asal dari binatang ternakan.. bukan ternakan wa… binatang ape tuh?? babi.
Peh.. sopannye bahase mencarot?

Vavi ~ hahahaha. Nak gelak terguling-guling aQ. Taw tak maksudnye ape?? Sewaktu dengan babeng. Babi! Tukar cikit agar kedengaran tidak kesat. Nie la yang dikatakan stailo. kahkahkah

Ha… skarang da paham kan pe maksud sebutan ayat di atas? Tunggu ape lagi?? Tak payah renung-renung lagi, amalkan aje lar!!! kehkehkeh. Daaa..

Ape kes??…


Sape la wat perancangan camni?? Camne la nk park kete kalau camni?? Beca pun belom tentu muat.. wawawa



Aik.. cam same jerk muke penjenayah nie ngan pembace berite? Da tukar proffesion ka??Yang mane satu nak tangkap? Compius wa..?! ke pemberita umum diri sendiri penjenayah? Wawawa



Ahahaha. Nie mesti nak jimat kos, agaknye kalau cermin tingkap kete yang pecah mau diganti dengan tingkap kat umah gak tue.. hehehehe. Very creative. wawawa.



Nak salahkan sape nie?? Bukan salah ibu yang mengandung mahupun yang melahirkan. Kata orang, jangan tunjukkan sangat ‘kepandaian’ diri sendiri. Nie la akibatnyew.. wawawa



Wah… ade sirim ke tak mouse nie?? Mane la nak bli?? aQ pun rabun gak tp takde la sampai cam aunty nie.. makcik sape nie weyh??



Mrs, order plzzz.. eh,eh, nak order kat mane ye menu nie?? Haishhh..



Dowunk nie cover cam takde pape yang berlaku… sebenarnye malu abes pasal kaki kerusi patah time dowunk ngah duduk. Manusia-manusia kat belakang berguling-guling ketawekan d0wang. Tp….. sape pemberatnye?? kuikuikui