Wednesday, November 17, 2010

MaaF PiNtaKu..

Ntah pe nak jadi la dengan dunia skunk?? Dari kes buang anak sampai la kes buang ibu bapa. aQ xnak salahkan sesape. Cume aQ kesal pe yang berlaku. Kenape benda camnie berlaku? Paling aQ takot bende camtu terjadi pada keluarge ku sendiri termasuk la diri sendri. Mampukah aQ menghalangnya?? Kadang-kadang aQ terfikir pasal perangai aQ nie. aQ sendiri risau dengan sikap aQ yang sukar di mengeti. Resah aQ memikirkan takot-takot terguris hati mama papa ku dengan secara tak sengaje. Mungkin aQ bukan anak yang baik, tp at least aQ da cube menjadi anak yang mendengar kata serta solehah. Walau aQ punya sifat kedegilan, namun di hati ini Hanya Tuhan Yang Tahu betapa sayangnya aQ pada Papa dan Mama.

~DOA UNTUK IBU BAPA~

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...(HALAQAH)


glitter-graphics.com