Tuesday, December 6, 2011

Kenapa aQ masih SiNggLe?

Mesti korang tak caye kan aQ yang cantik lagi tertarik nie masih single? kehkeh (Angkat bakul sendiri jap)Suke ati lahhh.. haha.Korang rase kenape..? bukan sebab aq tak jumpe lagi lelaki idaman tp sebab aq masih menunggu seseorang yang jauh.. Walau jauh beribu batu tp aQ tetap rase dye juga merasakan hal yang sama. aQ juga tahu dye malu untuk meluahkannya tp aQ tetap sabar menunggu kerana ku yakin dirinya tercipta untuk diriku..

Dia seorang yang romantik, budi bahasa sgt tinggi, menghormati orang tua.. pendek kata, dia punya ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita. Namun begitulah kehidupan..setiap perhubungan pasti punya penghalang. aQ pasti dia masih memikirkan untuk memilih siapa..

Tiap malam aQ termimpi akan dirinya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, aQ setia menunggnya. Takkan hilang kasih sayang ini walau beribu yang menagih kasih pada diri ini.

Untuk dia yang ku cinta..

Kala dikau merindu ku, renunglah bulan itu kerna kita merenung bulan yang sama <3
Angin, sampaikanlah salam rinduku padanya khabarkanlah ku disini menanti dirinya sampai akhir hayat.

Dia yang ku cinta....




Hahaha..Bagai pinang di belah dua kan?? ke pinang tak boleh belah?? kahkahkah



Thursday, April 7, 2011

Kun Fayakun

Bila kita teliti dengan seksama ketika membaca surah yaasiin pada ayat ke-82 bertemulah kita dengan kalimat 'kun fayakun', yaitu perintah Allah S.W.T terhadap sesuatu cukuplah dengan kalimat : “Jadilah, maka terjadilah“


_ape ke bengis la mahluk nie?_


_Pendengaran yang amat baik untuk haiwan yang mempunyai 4 telinga_


_Tercetusnya kontrovesi bayi yang dikatakan menyerupai Yaajut Ma'jut_


_Lembut wajahnya.._


_Unic ciptaanNya_


_Awan yang berwajah_


_Mangsa yang menjadi pemangsa_


_Owh isteri ku..__ ;p


_Batu yang berjalan tanpa kaki_


_cejukkknyyeeee_

_Seakan-akan manusia gayanya_


_Akibat menderhaka terhadap ibunya_

Setiap kejadian yang berlaku ada sebab dan munasahnya. Beringatlah kita akan setiap ciptaanNya. Mungkin juga ia satu petanda…….??



Wednesday, April 6, 2011

Andai Kau Tahu..




Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s;


Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun". Sambil menyebut,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuan Mu ini", sambil mengukir senyuman;


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini;


Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang diberi dan sentiasa menunjuk-nunjuk hartanya;


Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan;


Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik;


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang;


Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya;


Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Di golongan manakah terletaknya diri kita? Jawapannya terletak dalam jiwa masing-masing sejauh manakan kecintaan kita terhadaNya.

Sunday, April 3, 2011

Khilafnya kita sebagai hambaNya

Jangan salahkan ibu mengandung.. salahkan diri sendiri. Bukan nak mengaibkan sesiape cume iktibar semate.

Ade antara kita yang masih tak faham konsep ape e2 menutup aurat menurut islam.. Yang nie menutup aurat gak tp tak taw la menurut ape dan siape.. Qisya malas nak cter panjang lebar.. kOwunk pk la sendri. Cer PK,, Cer PK.


Contoh "TERBAEK". Astaga... ~_~'

Da sopan da.. yang tertonggeng tue nape plak.. post tak agak2..







Haha. nie ajaran mane tah.. tengok atas sopan.. sekali tengok bawah... kuangkuangkuang




Nie fesyen terbaru kew? adoyaiiii


Waaa weeee.. lupe pkai inner..

Adakah cara kita menutup aurat untuk memenuhi syariat atau syarat??!
Renung-renungkan..

Nak cantik cam Qisya tak?

Erkk.. cantik kew?? Ngeee =^_^=
Qisya nak share petua kat u all. Kene la slalu amalkan petua nie… Kalau luaran je cantik tp dalaman cam &*$%@! pun tak gune jugak kan?? Tak berkaitan langsung dengan cucOk or bOtOx, tak perlu keluarkan duit cume luangkan sedikit masa.

Baca Ya Badiyah 1x
Baca Ya Nur 1x
Baca Ya Hadi 1x
Baca Ya Allah 3x
Amalkan zikir ini dengan meniup ke tapak tangan dan sapu ke muka setiap hari.

Mengamalkan ayat-ayat ke 35, 36, 37 (surah al-waqiah) selepas Solat Subuh juga digalakkan. Bacaan ayat berikut dihembus ke dalam air minuman kemudian minum air tersebut.

Ayat-ayat ini boleh diamalkan setiap hari sebelum tido. Mudah-mudahan jiwa kita sentiase tenang dan dimurahkan rezeki.. takde la asik berkerut je muka tue. huhu


Qisya nie kerap sakit kepala sebelum nie.. dan Qisya juga dimaklumkan jika mengamalkan surah Al-Waqiah ayat ke 19 boleh menghilangkan kesakitan yang dialami dengan izin Allah swt. Tp kehidupan Qisya da tenang sekarang berbanding sebelum nie so takde la sakit-sakit tue datang cume kekadang stress sangat dengan perangai-perangai manusia nie.

Semua boleh berlaku dengan keizinanNya hanya dengan PERCAYA DAN BERAMAL kepadaNYA.

Selamat Beramal <3 <3


Monday, March 28, 2011

Istikharah Dalam Memilih Jodoh

Pernah suatu ketika dahulu, seorang berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A). Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Wahai pasangan bercinta, kaji selidik lah dahulu jika kamu ada masalah semasa bercinta samada kesalahan sengaja atau tidak sengaja dan kesilapan yang pasangan kamu buat dahulu. Hargailah detik2 manis dan saat kebahagiaan kamu dahulu. Cubalah fahami apa yang berlaku, dengar dengan teliti apa masalah pasangan kamu, dengar penjelasannya. Biarlah salah faham kamu tu diselesaikan. Janganlah buat keputusan terburu untuk berpisah, sanggupkah kamu hadapi perpisahan ini.

Saya telah lalu pengalaman ini, ia amat berat dan menyakiti hati saya. Sebab itulah saya membawa diri ke Mekah untuk mencari ketenangan abadi. Luka di hati saya sukar untuk sembuh. Kekecewaan sesangat

p/s:Sharing is caring <3 <3. Thanks 4 kak liza(oum)

Monday, February 7, 2011

Mitsubishi Evo Lancer VS Naza Kia Forte

Warghhhh….gempaQ seyh… dari Mitsubishi Lancer tu…bertukar…. da pakai Kia Forte fulookkk.. naik taraf.. tp tak penah nampak pn kete Naza Kia tue?? Slalu nampak pn Lancer lau lalang kat area umah tp takde pn nak berhenti ajak aQ naik. Sampai ati…. Ajak g minum-minum pun jadi lah..ekekeke. kahkahkah













Bertambah lagi koleksi kereta PDRM. Tp bagi Qisya Lancer lagi besh n lagi hebat.. Dah lame jatuh cinta dengan Mitsubishi Lancer tp si Lancer tak cintakan Qisya. Owh.. daku bertepuk sebelah tangan rupanya. Tak mampu beli…. Heeeeheee. Hanya mampu beli plat kete aja ~ Wa Sayang Lancer (WSL). Hehehe. Ape pn boleh.. yang penting keamanan Negara kita di jaga. Iye kan??